Sistem Perundangan Australia: Memahami Undang-undang, Mahkamah Dan Bagaimana Mendapat Bantuan Nasihat Guaman

Australia Explained: Sistem Perundangan Australia

Kesaksamaan dan keadilan di bawah undang-undang adalah dua prinsip asas sistem perundangan Australia. Source: Moment RF / Rae Allen/Getty Images

Get the SBS Audio app

Other ways to listen

Sistem undang-undang Australia ialah satu rangkaian perundangan kompleks yang wujud bagi memastikan tatacara kemasyarakatan dipatuhi serta keadilan dan hak warganya sentiasa terpelihara. Sebagai sebuah Persekutuan, Australia terdiri dari enam buah negeri dan dua wilayah, setiapnya mempunyai kerajaan, badan perundangan dan sistem kehakiman tersendiri yang berfungsi serentak dengan struktur kerajaan persekutuan Komanwel. SBS Bahasa Melayu menerangkan bagaimana sistem perundangan negara in berfungsi serta opsyen yang sedia ada sekiranya anda memerlukan bantuan perundangan.


Tajuk Utama
  • Perundangan Australia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu undang-undang statut yang dikeluarkan oleh Parlimen, undang-undang, perundangan wakilan yang dibuat oleh kerajaan serta undang-undang kes atau common law yang diputuskan di mahkamah.
  • Sistem perundangan selari ini mencerminkan Persekutuan Komanwel Australia yang terdiri dari enam buah negeri dan dua wilayah.
  • Tak kira siapa anda, semua warga Australia layak menerima bantuan nasihat guaman.
Sistem perundangan Australia membabitkan pelbagai jawatan dan institusi.

Walaupun peranan yang dimainkan oleh setiap penjawat serta hierarki berbeza, kesemuanya bekerjasama mengukuhkan sistem perundangan negara ini terus berfungsi.

William Partlett, Profesor Madya di Fakulti Perundangan Universiti of Melbourne menjelaskan kesinambungan ini memastikan kedaulatan undang-undang.

Katanya, "Undang-undang dikenakan secara adil dan saksama kepada setiap warga Australia serta dikenakan mengikut tatacara yang ditetapkan."
Australia Explained: Sistem Perundangan Australia
Perlembagaan Australia ialah sebuah dokumen asas yang mengandungi struktur kerajaan, termasuk tatacara mengeluarkan undang-undang. Credit: Kokkai Ng/Getty Images
Tatacara parlimen mewujudkan perundangan di peringkat Komanwel dan negeri tertera di dalam dokumen asas perundangan negara ini, iaitu Perlembagaan Australia.

Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Parlimen, digelar Akta Parlimen, dikenali sebagai undang-undang statut.

Namun, undang-undang juga boleh wujud akibat keputusan mahkamah dan intepretasi kehakiman.

Dan undang-undang yang terbentuk sebegini dikenali sebagai undang-undang kes atau "case law".
Australia Explained: Australian Legal System
Di Australia, apabila mahkamah menurunkan keputusan, ianya perlu diikuti oleh mahkamah rendah dalam aplikasi perundangan yang sama kecuali sekiranya penggunaannya diubah oleh Parlimen. Credit: RUNSTUDIO/Getty Images
Wujud juga perundangan wakilan atau "delegated legislation" yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Umpamanya, menteri mengeluarkan perundangan berbentuk peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Akta Parlimen.

Undang-undang Serta Mahkamah Di Peringkat Persekutuan Dan Negeri.

Lazimnya, undang-undang statut adalah kaedah utama perundangan yang dikeluarkan melalui kelulusan Parlimen.

Sistem perundangan Australia mencerminkan negara ini yang terdiri dari enam buah negeri dan dua wilayah, kesemuanya membentuk Persekutuan Komanwel Australia.

Namun wujud perbezaan di antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang wilayah dan negeri.

Sekiranya wujud konflik di antara undang-undang persekutuan dengan negeri, lazimnya undang-undang perksekutuan diberi keutamaan.

Chris Stone ialah dari Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan South Australia.

Menurut beliau, "Beberapa isu termasuk perkahwinan, percukaian dan immigresen yang tertakluk di bawah undang-undang yang sama, tak kira di mana jua anda berada di negara ini."
Australia Explained: Australian Legal System
Hampir kesemua kes jenayah dikendalikan oleh mahkamah negeri dan wilayah. Credit: Light Bulb Works/Getty Images
Sistem perundangan Persekutuan Komanwel Australia jelas dilihat pada struktur mahkamah di negara ini, di mana Mahkamah Tinggi atau ialah peringkat terkahir untuk membuat rayuan.

Di peringkat negeri wujud beberapa mahkamah, termasuk Mahkamah Majistret, Mahkamah Daerah, Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan.

Manakala diperingkat Komanwel pula, terdapat Mahkamah Persekutuan yang merangkumi Mahkamah Perihal Keluarga.

Mahkamah Tinggi pula merangkumi kedua-dua peringkat Komanwel dan negeri.

Hampir kesemua kes jenayah dikendalikan di peringkat negeri dan wilayah.

Dakwaan terhadap kes jenayah lazimnya dibuat di peringkat negeri.

Australia Explained: Australian Legal System
Perihal sivil membabitkan pihak individu dan organisasi, termasuk perebutan harta, kes pecah amanah dan kes pampasan pekerja agak berbeza." - Greg McIntyre, Kaunsel Kanan selaku Presiden Majlis Perundangan Australia. Credit: Lighthousebay/Getty Images

Memohon bantuan Nasihat Guaman

Tidak seperti kes sivil, kes jenayah diberi keutamaan melalui termasuk bantuan "Legal Aid" dan skim bantuan kos guaman Komanwel.

Bagi mereka yang tidak mampu atau tidak layak menerima bantuan perkihdmatan guaman percuma, terdapat beberapa opsyen lain termasuk mencari peguam yang menawarkan perkhidmatan percuma atau "pro bono".

Apa pun … Kaunsel Kanan, Greg McIntyre, menyarakan mereka yang ingin melantik peguam untuk mewakili diri supaya mengesahkan peguam yang dilantik itu bertauliah.

Australia Explained: Australian Legal System
Wujud syarikat guaman yang menawarkan perkhidmatan "Tiada kemenangan, Tiada bayaran", lazimnya dalam kes-kes kemalangan atau tuntutan pampasan oleh pekerja. Credit: Jacobs Stock Photography/Getty Images
Satu lagi opsyen bagi mereka yang tidak mampu membayar yuran guaman ialah melalui pusat guaman komuniti.

Umpamanya, perkhidmatan guaman wanita yang menawarkan nasihat guaman kepada golongan wanita yang terbabit dalam kes penderaan domestik.

Chris Stone dari Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan South Australia menjelaskan, bantuan guaman merangkumi bantuan menyeluruh kepada mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Australia Explained: Australian Legal System
Setiap warga Australia mampu merujuk kepada Suruhanjaya Bantuan Guaman Percuma atau Legal Aid Commission untuk mendapatkan nasihat serta maklumat berkaitan masalah perundangan yang dihadapi. Credit: Thurtell/Getty Images
Dalam kes kecil seperti saman tersilap letak kereta, pihak terbabit boleh mewakili diri sendiri di mahkamah.

Namun Chris Stone menyarankan semua supaya memperolehi nasihat guaman profesional terlebih dahulu.

Apa pun, Australia mempunyai sistem undang-undang menyeluruh bagi membantu mereka yang menghadapi masalah perundangan.

Visit for a comprehensive list of legal assistance providers, including Legal Aid commissions and specialist domestic violence legal services.

Share