Australia Digesa Menawarkan Ujian Kewarganegaraan Dalam Bahasa Asing Selain Bahasa Inggeris

Tinjauan di kalangan masyarakat berbilang kaum negara ini menggesa kerajaan menawarkan bahasa asing selain bahasa Inggeris dalam ujian kewarganegaraan Australia.

Pedestrians in the central business district of Sydney

Lebih 200 perundingan diadakan di seluruh Australia bertujuan meninjau isu ujian kewarganegaraan. Source: Getty / Getty Images

Tajuk Utama
  • Kajian Perangkaan Kepelbagaian Budaya mengeluarkan 29 pengesyoran.
  • Antara pengesyoran yang diberi keutamaan ialah keperluan mengkaji semula tatacara ujian kewarganegaraan Australia.
  • Majlis Pelarian Refugee Council Australia mengalukan pengajian semula ujian kewarganegaraan ini.
atau setebal 200 muka surat ini dialu-alukan oleh pertubuhan dan organisasi masyarakat berbilang kaum.

Kajian ini menggesa kerajaan Australia di semua peringkat mengemaskini dan mempertingkatkan polisi dan perkhidmatan yang dianggap kurang memuaskan bagi memenuhi kehendak masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kajian yang berlansung selama setahun ini menggesa kerajaan Australia mengambil kira 29 pengesyoran yang dikeluarkan,10 daripadanya dianggap sebagai tindakan segera.

Kajian ini membabitkan 1,400 pihak individu dan 750 organisasi.

"Australia kini berada di persimpangan yang menawarkan peluang keemasan merangka arah-tuju ke masa hadapan merangkumi kepelbagaian budaya dikalangan masyarakat berbilang kaum bagi membentuk identiti kebangsaan yang unik," menurut Dr Bulent Hass Dellal, Pengarah Yayasan Multicultural Foundation Australia selaku pengerusi kajian perangkaan terbabit.

Salah satu pengesyoran utama ialah pengajian semula tata cara ujian kewarganegaraan, termasuk menawarkan ujian dalam pelbagai yang ditutur oleh masyarakat berbilang kaum negara ini, selain Bahasa Inggeris.
The new Chairman of SBS Dr Bulent Hass Dellal.
Dr Bulent Hass Dellal AO mempengerusi kajian perangkaan kepelbagaian budaya yang dilancarkan pada tahun 2023. Source: SBS
Penge

Pengarah Urusan Hal-Ehwal Migrasi, Taraneh Arianfar, menganggap keperluan memahami Bahasa Inggeris dalam ujian kewarganegaraan menambahkan beban terhadap golongan pendatang selain melalui prosedur yang panjang yang terpaksa dilalui apabila memohon kerakyatan.

Menurut beliau, "Hanya segolongan kecil pemohon sahaja menerima pengecualian menduduki ujian. Selainnya perlu menjalani ujian serta memenuhi keperluan lain dalam Bahasa Inggeris yang dianggap sukar terutama di kalangan masyarakat minoriti, golongan pelarian serta pemegang visa kekeluargaan."

Satu lagi pengesyoran ialah penubuhan Suruhanjaya Hal-Ehwal Kepelbagaian Budaya atau Multicultural Affairs Commission dan perlantikan pesuruhjaya bagi mengetuai suruhanjaya ini.

Ia juga mengesyorkan penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Kepelbagaian Budaya, Immigresen dan Kewarganegaraan dengan perlantikan menteri khusus untuk kementerian ini.
Seorang jurucakap Jabatan Hal-Ehwal Dalam Negeri mengesahkan bahawa kerajaan pusat akan mengambil kira pengesyoran utama kajian terbabit digunapakai oleh setiap agensi dan aktiviti kerajaan Komanwel mulai sekarang.

Menurut beliau, ujian kewarganegaraan yang sedia ada bertujuan memastikan bahawa semua pemohon mempunyai pemahaman asas Bahasa Inggeris untuk memulakan kehidupan di negara ini.

Tambah beliau, pemahaman asas ini mampu mengintegrasikan pendatang baru ke negara ini.

“Ujian kewarganegaraan akan terus ditawarkan dalam Bahasa Inggeris selaku bahasa rasmi Australia serta peranannya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ianya memastikan setiap warga mampu memain peranan sebagai ahli masyarakat majmuk Australia."

"Jabatan Hal-Ehwal Dalam Negeri sentiasa memantau operasi ujian kewarganegaraan dan rela membuat sebarng perubahan yang dianggap penting."
Syor menawarkan bahasa asing dalam ujian kewarganegaraan dialu-alukan oleh Majlis Pelarian Australia atau Refugee Council of Australia, RCOA.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RCOA, Paul Bower, “Seringkali, seisi keluarga yang menduduki ujian kewarganegaraan melihat separuh daripada ahli keluarga terbabit lulus manakala separuh lagi gagal ujian ini."

“Mereka yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris tidak sepatutnya dihindari dalam usaha mendapatkan kerakyatan Australia. Sebaliknya, kepelbagaian bahasa asing yang ditutur mampu menyumbang terhadap keharmonian negara ini. RCOA menggesa kerajaan Komanwel melaksanakan kesemua pengesyoran yang dibuat oleh panel kajian ini."

Namun, Profesor Sosiologi, Andrew Jakubowicz , menjelaskan, "Walaupun kerajaan pusat kini ianya masih lagi belum menerima secara rasmi pengesyoran yang dibuat."

"Sebahagian besar pengesyoran yang dibuat membabitkan pelaksanaan perkara dan tata cara baru yang memerlukan penubuhan suruhanjaya kepelbagaian budaya. Selagi suruhanjaya baru ini tidak ditubuhkan, perlaksanaan pengesyoran tidak mampu dilaksanakan."

Antara syor lain termasuk penubuhan pelan kebangsaan untuk menyambut kepelbagaian budaya di Australia.

Senarai penuh pengesyoran yang dikeluarkan boleh didapati di .

This story was originally produced as a by SBS News journalists Sophie Bennett and Catriona Stirrat.

Share
Published 8 August 2024 2:14pm
By Zaini Ahmad
Presented by Zaini Ahmad
Source: SBS


Share this with family and friends